aku rasa....
14 FEBRUARY 2009
kita Selalu akan diungkap kata-kata aku cinta padamu...sayang...rasa yang selalu diungkap...tetapi menggannggap hari kekasih lebih bermakna...14 Februari...tarikh yang biasa bagiku. tidak pernah dalam 23 tahun kelahiranku menyambutnya. atas alasan..."dengan siapa"???dan the main point is, buat apa sambut hari jadi orang lain atas nama cinta?namun, tak pernah aku menghalang sesiapapun yang percaya dan mahu menyambutnya. terpulangla...lantak...14 February 2009...akhirnya aku meraikannya. bukan untuk kelahiran...bukan untuk hari kekasih...aku meraikan kerana aku dibuktikan dengan keikhlasannya. dia mula resah kerana selama ini membohongi perhubungan kami. pada mulanya aku tidak dapat menerima kerana peristiwa lama kembali...dan kenapa pula kali ini aku yang menjadi watak antogonisnya?adakah untuk hanya memberitahu diri...oh inila rasanya kalau kita rampas hak yang bukan menjadi milik kita? rasanya seperti mendapat sekalung emas yang amat menilai...hadiah diatas kemenangan mengambil milik orang lain. tetapi kenapa aku tidak menyukai permainan ini? bukankah aku menang? kau pula menjanjikan bahawa ini bukan permainan yang disengajakan. kau kata "rasa" itu datang tanpa dipaksa. kau tak terniat memilih aku hadir. 14 Februari...aku amat bersyukur pada Allah...kau hadir. aku tidak akan menjadi seperti watak di layar...aku akan tetap menjadi aku. dan diriku mengatakan aku mahu kau tanpa aku sendiri memaksanya juga. kita serupa. bagaimana dengan dia yang kau biarkan tergantung pengakhiranya kisah kau dan dia? terpulang pada kau. hanya yang aku pinta, janganlah terlalu menyakiti hatinya. aku pernah merasai kesakitan itu. dan aku tidak mahu dia merasainya. aku sudah mula menyayangi kau kerana kau mula menunjukkan kau benar menyukaiku. terima kasih cinta kerana hadir sekali lagi untukku. tarikh 14 Februari bukan tarikh untuk aku meraikan cinta atas dasar hari kekasih tetapi 14 Februari tarikh aku raikan cinta atas dasar aku akan mula mencintai kau mulai tarikh itu.
terima kasih Mohamad Aimerul bin mohd Hassim. aku juga menyukaimu.
No comments:
Post a Comment
SAY hey!!