Monday, March 22, 2010

wad 4b

suasana dalam wad 4 sunyi tiba-tiba.sudah seminggu aku berada di sini. penat? mungkin? tapi belum penat menjaga nenek. kenapa? aku tidak tahu. nenek dari tadi tidak boleh lelap mata. kata dia, dia mahu pulang. dia nak balik rumah siapa katanya..tapi dia tidak mahu susahkan sesiapa. aku malas nak janjikan apa-apa. kalau aku kata orang tua sepertinya tidak akan menyusahkan anak2nya. mungkin aku menipu nenek. dia pun tahu hakikatnya. bak kata orang, seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak, tetapi seorang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu. jangan kata mampu, boleh pun belum tentu. aku sebagai cucu pun belum tentu mampu. ah, aku tak mahu cakap besar. aku hanya cuba sedaya upaya. aku mula berkhayal..aku pernah terdengar bisikan bangga anak2 seluruh dunia, mengatakan mereka mahu belajar bersungguh-sungguh. supaya besar nanti mereka boleh "membalas jasa" ibubapa. beli rumah besar, kereta besar dan memberi duit banyak kepada ibubapa. itu ke yang dorang nak? duit? kereta? rumah? mereka sendiri dah bersusah payah dapatkan harta2 tu, tanpa bantuan korang kot. masa ibu bertanya kepada aku, kakak ko nak belikan aku rumah, ko? aku terdiam. ya, aku tak tahu nak jawab apa. ibu kata lagi, "ntah-ntah ko letak aku kat umah orang tua-tua"... aku jawab "mungkin". ibu kata "sampai hati ko!" aku jawab..."kita xboleh predict furture bu, kita tak tahu kalau satu hari nanti kita berubah.kalau saya janji macam2 skrg, kalau saya xdpt tunaikan.kan lagi dosa". setiap kali aku teringat kata-kata itu, aku tahu aku menyentuh perasaan ibu. tapi aku hanya bersikap jujur. aku tak mahu jadi anak yang bongkak. janji macam-macam lepas tu lupakan keluarga. MasyaAllah...Jauhkan!

aku masih di Hospital, melihat nenek yang terkebil-kebil. tiba-tiba dia tersenyum, ketawa pula sampai menitis air mata. aku tanya kenapa ni?

nenek: sheila, dulu paling susah ....nak duduk diam, ....orang nak pakaikan pampers, dia lari...tayang semua buntot depan atok. pendiam je budaknya. orang cakap tinggi sikit, nangis. dah besar tak sangka atok...

dia menangis lagi...aku tanya lagi...kenapa plak?

nenek: yelah, tak sangka..dah besar ni...sheila yang jaga kencing berak atok. semua sheila dah tengok.betul xsangka.

nenek terus sebak. xpe nak, ada hikmahnya.(dia mengelap airmata,dengan tangan bengkak asyik kena cucuk ubat antibiotik)

aku terdiam. luluh hati dia. aku tak boleh nanges depan dia. aku lena ceriakan dia. kalau x dia akan semakin lemah.

aku: dah2...kita nak balik kan...smile...

tu je yang mampu aku ucap kat dia.

nenek:senyum la ni. kesian sheila jaga atok, lari dah boyfriend sheila.

aku tak sangka nenek aku tahu future aku. betul, bf aku tinggalkan aku. ah! peduli apa aku.
aku pun xsangka aku yang akan jaga dia semasa dia sakit. aku tak menyesal sebaliknya aku rasa puas. semua orang kata ada hikmahnya. besar pahala. aku tak terfikir semua tu. it happens in a flash. kalau aku tau tentang balasan atau pahala, dah lama aku membontot jaga setiap orang tua yang aku jumpa.

ini perkara yang benar-benar berlaku pada ku...hanya selepas itu, seorang insan bernama kakak menolongku. dia juga sayang nenek. dia menemani nenek untuk beberapa malam..^ ^...aku tau semua orang sayang nenek. kalau kamu benar sayang...tunjunkkanlah. dia perlukan kamu....:) itupun selagi hayat dia ada. kalau aku dan kakak mampu luangkan malam2 kami menjaga atok, kenapa tidak kamu semua. kami xharapkan balasan. kami juga ada kehidupan. kami juga ada masalah.

p/s: juga risaukan atok bak. terfikir siapakah yang akan menjaga beliau kalau dia uzur?
banyak lagi yang aku nak cerita...tapi...untuk menjaga hati semua...aku terpaksa berdiam diri.

No comments:

Post a Comment

SAY hey!!